Thursday, March 8, 2012

YOUTUBER? VIEWER?

Assalamulaikum... Apa khabar anda-anda-anda diluar sana? hoho . ( skema nya)
Okay.. tadi tengah relaxing relaxing ( sebenarnya semalam ) tiba-tiba teringat satu video yang baru beberapa bulan aku tengok. Video ney aku jumpa kat dalam Facebook. kawan aku yang share video ney . Hmm. Sebenarnya tak nak tengok tapi video tu seolah-olah menghasut aku untuk tengok... memanggil-manggil.. Leyha... Leyha... Solehah Azmi... Marlina... (  dengan nama Ibu aku sekali dy panggil -.- ) Tu yang yang aku terus tengok. Korang dah tengok? Huh? Tak lagi? Lahaii, ketinggalan la.. Ambik ney link nye > KLIK <

Haa? Dah tengok? Bila aku tengok video ney SEMULA, ada dua perkara bermain kat fikiran aku . Tentang si Peng-UPLOAD (yang buat video la) dan tentang si Peng-VIEW (yang tengok la termasuk aku).

Gambaran aku untuk Peng-UPLOAD :


Okay. Kadang-kadang memang kita akan cakap - SUKA HATI AKU LAH, NAK BUAT APA - Tapi, kita sedar tak apa yang kita buat tu mengaibkan diri sendiri. Mungkin anda-anda-anda diluar sana , sebelum melakukan aksi di atas ini, korang tak terfikir tentang apa akibatnya nantikan? Jadi, sebagai manusia yang diberi akal fikiran, kita kena berfikir dahulu tentang apa akibat yang akan terjadi dengan setiap tindak tanduk yang kita lakukan. Tak salah untuk berfikir dua kali, malah amat digalakkan. Bukan main redah je. Mungkin ramai remaja diluar sana terikut-ikut dengan orang yang dah berjaya dengan laman sosial ni. Contohnya, Yuna dari Myspace ( kalau ta silap -.- ) , Najwa Latif ( youtube ) dan ramai lagi .

Mesti akan ada yang kata, - APASAL DIORANG BOLEH AKU TAK BOLEH?
Sapa kate tak boleh? Boleh.. silakan .. teruskan... cuma, kalau korang ada bakat yang terpendam. Diorang yang jadi artis youtube ney punya bakat. Menyanyi, buat tutorials, membebel depan kamera ( macam Matluthfi ) . Janganlah kate, - AKU ADA BAKAT MENYANYI - tapi menyanyi macam haram. Memalukan diri sendiri, Buddies !


Untuk Si Peng-VIEW :

Wey, Korang! Janganlah nak mengutuk melebih lebih. Bayangkan yang kena kutuk tu adik korang, kakak korang, abang korang? Apa? Korang nak ketawa jugak? Amboi, takkan dengan keluarga sendiri pun korang buat SH*T. Cuba bagi komen yang positif sikit. Tegur dengan cara baik. Janganlah nak jatuhkan maruah orang tu melebih-lebih. Apa? Bukan korang yang jatuhkan maruah si Peng-UPLOAD tu? Diri dia sendiri? Kalau macam tu, tak payah tambah dengan hinaan. Ingat, 

- SESIAPA YANG MENGHINA SESEORANG KERANA DOSA YANG PERNAH DILAKUKANNYA, MAKA DIA TIDAK AKAN MATI SEBELUM MELAKUKAN DOSA TERSEBUT - (Riwayat Tarmizi )

No comments: